Home » Uncategorized

Mudahnya guna widget dengan wordpress, khas untuk Kak Ogy

31 March 2009 2 Comments

“Akak Ogy nak pasang iklan nuffnang, tapi akak tak pandai nak masukkan. Macam mana?”

“Bro, bro pandai edit code php tak? dah banyak kali cuba nak masukkan widget feedjit tapi asyik lari dan ada error je.”

Php programming tak berapa sama dengan html biasa. Kalau html biasa, dengan fronpage apa yang kita design itulah yang akan dapat dilihat pada browser, tapi tidak php. Ianya sedikit berbeza. Walupun kita pakai Frontpage, kita hanya dapat lihat baris-baris kod sahaja.

Bagi akak-akak macam kak Ogy(contoh-jangan marah saya kak) dan abang-abang yang baru berjinak-jinak dengan wordpress dan mempunyai pengikut yang ramai tentu tak meriah kan blog kalau takde iklan. Sama ada kita upah orang untuk masukkan kod iklan atau apa saja dalam blog kita atau kita buat sendiri jika kita tahu.

Sebenarnya akak, tak susah nak masukkan kod tu, cuma gunakan widget. Ha kak, widget.

Widget tu benda apa? Widget kalau dalam terma komputer kira macam satu perisian kecil yang memaparkan info, contohnya macam jam, kalender, cuaca, proses CPU dsb. Tapi dalam terma wordpress ianya macam utility kecil. Boleh letak suapan RSS, boleh letak statistik, letak cloud tag dsb. Widget biasanya terletak pada bahagian kiri, kanan atau bawah bahagian utama blog. Jarang ada widget pada bahagian utama blog.

Tetapi ada sedikit kekurangan, tak semua widget serasi dengan semua tema wordpress. Kena tengok juga bagaimana programmer tema itu membuatnya pada tema wordpress.

Nak masukkan Widgets, masuk pada Appearence>Widgets. Kita akan dapat lihat pada senarai widget. Widget yang boleh diletakkan pada sidebar biasanya ada link add, bagi yang tiada bermakna widget tidak serasi dengan tema wordpress.

Merujuk kepada isu macam mana nak masukkan kod javascript misalnya, nak masuk iklan ke atau kod mybloglog ke widget “Text” perlu digunakan. Pada kanan bahagian Current Widgets, pilih tempat nak show iklan tu. Contoh saya rsidebar, dan pilih show. Nanti akan keluar senarai widget pada bahagian itu. Bila kita klik “Add” pada Text widget, ia akan berada pada bahagian widget dan biasanya akan berada bawah sekali. Kita drag/heret widget tersebut pada kedudukan yang kita mahu. Setelah selesa dengan kedudukan, masukkan kod yang hendak digunakan. Klik Done dan klik Save Changes.

rwidget1

Aha…. Widget dah boleh dipakai. Sila tekan F5 untuk refresh browser.

rwidget2



2 Comments »

  • Mr. Janggel said:

    Bro, kalau wordpress kan, macamana nak setting sidebar dia yer? sesetengah tema dia dah tetapkan side bar dia apa yang ada, tapi macam susah nak tambah wiged lain…camana yer?

    Mr. Janggel’s last blog post..Phuket oh Phuket – Part 1

  • admin (author) said:

    Widget tu bergantung kepada tema wordpress. Kalau nak masukkan widget yang xde, guna widget Text aja. Masukkan je code javascript tu, contoh nak widget feedjit ke. Yang bestnya, widget Text boleh pakai banyak kali, sebab ada widget yang boleh pakai sekali aja pada sidebar.

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.