Wahai pemandu bas, anda bertanggungjawab atas keselamatan penumpang anda. Anda sepatutnya lebih berhati-hati ketika memandu. Cuba bayangkan anda membawa ahli keluarga anda sendiri dalam bas itu. Adakah anda tidak sayangkan nyawa mereka?

Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata 12 mangsa itu adalah penumpang di tingkat bawah bas itu dalam kejadian pukul 1 pagi itu.

Dua pemandu bas itu dan 36 lagi penumpang selamat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

2 thoughts on “10 maut, 2 cedera kemalangan bas”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.