Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.
Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata 12 mangsa itu adalah penumpang di tingkat bawah bas itu dalam kejadian pukul 1 pagi itu.
“Dua pemandu bas itu dan 36 lagi penumpang selamat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
salah seorang yang meninggal tu adalah students saya..nama Mohd Bilal Osman..
sedih betui..leh terbayang wajahnya waktu kat dalam makmal..
al-fatihah untuknya.
.-= nazri´s last blog ..British Armed Forces Voucher II =-.
Alfatihah untuk student sdr. Semoga rohnya dicucuri rahmat.