January 11, 2010

Keputusan penuh Anugerah Juara lagu ke 24

Anugerah Juara lagu ke 24Berikut merupakan keputusan penuh bagi Anugerah Juara Lagu ke 24 yang baru selesai sebentar tadi. Tahniah kepada semua pemenang. Diharap ianya memberikan motivasi untuk berkarya dengan lebih gigih lagi.

1. Juara Anugerah Juara Lagu 24: Aizat-Pergi

2. Naib Juara Anugerah Juara Lagu 24: Yuna-Dan sebenarnya

3. Tempat Ketiga Anugerah Juara Lagu 24: Faizal Tahir-Bencinta

4. Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24: Black-Aku rindu sayang kamu

5. Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu 24: Aizat-Kau aku

*Bukan video sebentar tadi ye.

Carian kesini:

December 6, 2009

Alza untuk pemenang GP Joran 2010

juara_joranAlza Advance Version, ViVA Elite untuk juara pemancing

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Sdn Bhd (Perodua), akan menaja dua buah lagi kereta terbaru jenis Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Perodua Alza Advance Version dan ViVA Elite kepada pemenang Kategori Pantai dan Laut pada GP Joran 2010 yang dijangka bermula pada awal bulan depan.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Urusan Perodua Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, kereta jenis variasi baru keluaran syarikat itu dijangka menjadi hadiah utama di pusingan akhir GP Joran Oktober nanti.

“Pihak Perodua akan menaja sebuah lagi kereta MPV Alza jenis Advance Version kepada pemenang pusingan akhir GP Joran yang sebelum ini adalah Perodua Nautica kerana masih setia menyertai pertandingan GP Joran yang dianjurkan oleh Berita Harian.

“Ini kali keempat tahun berturut-turut, Perodua berbesar hari menaja kenderaan edisi istimewa ini sebagai tanda komitmen pihak kami kepada mereka yang mengambil bahagian menjayakan pertandingan memancing sepanjang tahun ini,” katanya selepas menyerahkan dua buah kereta kepada pemenang Grand Slam GP Joran, Mohd Yon Hanif dan Amran Abdullah di Balai Berita, baru-baru ini.

Katanya, tujuan penajaan ini adalah satu kaedah promosi dari Perodua untuk memperkenalkan produknya yang menampilkan pelbagai bentuk variasi kenderaan dari Perodua Kancil sehingga keluaran terbarunya iaitu MPV Alza yang sudah dilancarkan awal bulan November lalu.

“Selain melakukan promosi melalui penajaan ini, pihak kami turut berpeluang mendekatkan diri dengan pengguna secara terus berdasarkan misi korporat kami iaitu dedikasi adalah tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat amnya.

“Tambahan pula, produk yang dikeluarkan oleh Perodua mampu dimiliki oleh sesiapa saja yang gemarkan aktiviti santai seperti memancing ini,” katanya.

Untuk rekod, Perodua MPV Alza Advance Version dijangka menemui pembeli bulan Mac tahun depan dan dijual harga sehingga RM70,146 dengan menampilkan pelbagai aksesori tambahan yang menarik seperti Sistem Kedudukan Global (GPS), kusyen kulit, skirting tepi, depan serta belakang dan lain-lain lagi.

Manakala Perodua ViVA Elite yang berharga sekitar RM44,900 pula, menampilkan rim aloi, skirt bahagian tepi, depan dan belakang serta airbag berkembar SRS.

Perodua yang ditubuhkan pada tahun 1993 sudah mengeluarkan pelbagai produk kenderaan kompak seperti Perodua Kancil, Rusa, Kembara, Kenari, Kelisa, Myvi, Nautica Pacuan Empat Roda(4WD).

Sumber Joran-BH

Carian kesini:

November 8, 2009

Kelantan kalah 1-3 dengan Negeri Sembilan

kelantan_vs_negerisembilan

Siapa tengok bola Kelantan lawan Negeri sembilan semalam tentu tak setuju dengan tindakan penyokong yang membakar bangku stadium. Macam tak ada semangat kesukanan langsung. Memalukan imej negeri Kelantan je walaupun aku bukan orang Kelantan.

Bukan ke sebelum tu Menteri besar Kelantan dah bagi nasihat jangan bawa mercun, baling mercun. Tapi bawa juga, baling juga. Degil juga tu.

Pada aku, mercun-mercun ni memang dah tak boleh elak dah dari di seludup dalam stadium. Macam tak ada penguatkuasaan aje. Sama je siapa lawan pun. Mesti ada mercun. Kena mata orang kang.

Berbalik pada game semalam, nampak Kelantan lebih pressure sebab penyokong ramai. Negeri sembilan nampak bermain lebih relaks.

Kemenangan semalam membolehkan Negeri Sembilan dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia. Tahniah Negeri Sembilan.

Carian kesini:

August 10, 2009

The Biggest Loser kini di Malaysia

biggest_loser_asiaSesiapa yang pernah menonton rancangan The Biggest Loser tentu tahu bagaimana konsep rancangan realiti TV ini. Peserta yang paling berjaya menurunkan berat badan akan dinobatkan sebagai juara.

Kini rakyat Malaysia berpeluang untuk memenangi 100000USD apabila rancangan ini dibuat untuk orang Asia. Rancangan ini akan dikenali sebagai The Biggest Loser Asia.  Negara yang terbabit dalam uji bakat rancangan ini adalah Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina. Rasanya rakyat Malaysia tak ada masalah nak menang.  Masalah obesiti di Malaysia boleh tahan juga.