Home » Uncategorized

Yuna terbaek

22 May 2009 No Comment

yunalisBerbekalkan suara merdu dan imej berbeza daripada penyanyi wanita sedia ada membuatkan gadis bertudung bernama Yunalis Zarai (Yuna), 22, ini mula mencipta fenomena baru dalam dunia hiburan.

Nama gadis berbakat besar ini mula menjadi sebutan apabila lagu ciptaanya, Dan Sebenarnya, menjadi pilihan peserta Akademi Fantasia musim ketujuh, Aishah ketika konsert minggu pertama.

Malah, suara dan wajah penyanyi indie solo wanita yang membawakan konsep pop rock itu makin rancak dikenali selepas lagunya sering diputarkan di stesen radio.

Percubaan secara suka-suka menerusi medium Myspace, memberi ruang kepada Yuna untuk melebarkan sayap dalam pentas hiburan tempatan menerusi muzik diperjuangkannya sejak dua tahun lalu.

Apa yang menarik pada gadis ini ialah dia bukan saja tahu bermain gitar dan menyanyi dengan baik malah dia juga komposer berbakat yang berani bergerak sendiri untuk mengedarkan albumnya tanpa mengharapkan bantuan syarikat rakaman.

Kekurangan bajet tidak pernah dijadikan alasan untuk bertolak ansur mengenai kualiti. Walaupun cuma memuatkan lima lagu, empat daripadanya dalam bahasa Inggeris dan hanya Dan Sebenarnya lagu Melayu. Album EPnya mencatat penjualan yang memberangsangkan.

Melihat pencapaian gadis bertudung ini, tidak menghairankan apabila ada segelintir artis terkenal tanah air mengintai untuk bekerjasama dengannya bagi penghasilan lirik buat mereka.

Ketika ditemui sewaktu fotografi Rap, Yuna akui mendapat permintaan daripada artis tempatan yang berminat untuk menjalin kerjasama dengannya.

“Ada beberapa artis yang menghampiri dan menyuarakan hasrat untuk mendapatkan khidmat saya menggubah lagu.

Sumber Hmetro.



Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.