Gergasi Internet dunia, Yahoo Inc, yang sedang bergelut dengan masalah ekonomi dunia, bersedia untuk memberhentikan beratus pekerja syarikat itu.

Ia rentetan pemberhentian pekerjaan pusingan pertama sejak Ketua Eksekutifnya, Carol Bartz mengemudi syarikat berkenaan, menurut satu laporan akhbar, lewat semalam.

Syarikat yang berpangkalan di California itu masih mencuba memulihkan penurunan keuntungannya sepanjang tempoh tiga tahun sebelumnya dan sudah mengenakan satu lagi pusingan bagi pemberhentian pekerja, termasuk 1,500 pekerja pada Disember lalu. [via]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.