Sony Ericsson hari ini mengumumkan telefon bimbit terbaru Xperia PLAY, telefon bimbit dalam siri Xperia yang berasaskan Android.

Dengan sistem Android yang terbukti mampu bersaing dengan iOS dan Windows Phone 7, membolehkan pengguna Xperia PLAY bukan sahaja boleh bermain permainan Android malah fungsi sebagai telefon pintar juga tidak dilupakan.

Dalam mod potret, telefon pintar Android ini mampu memberikan kepuasan menggunakannya dengan pengalaman hiburan maksima yang terbaik dalam kelasnya. Turut juga disertakan kamera bersaiz 5MP, cukup bagi telefon sepertinya. Paparan 4 inci multi-sesentuh dan sarat dengan ciri rangkaian sosial.

Apabila ditukar kepada mod landskap, dengan slider terbuka, akan terdedah D-pad digital dengan empat ikon biasa Playstationlingkaran: cross, persegi dan segitiga.

Dari segi kuasa, telefon bimbit ini dipasang dengan 1GHz Qualcomm Snapdragon dan pemproses grafik Adreno GPU membolehkan permainan dimainkan pada kadar 60fps dan juga dikatakan bahawa bateri amat tahan lama sesuai dengan fungsi telefon bimbit ini iaitu telefon bimbit berasaskan permainan.

2 thoughts on “Xperia PLAY dilancarkan secara rasmi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.