Google baru sahaja melancarkan secara rasmi Chromebook yang menggunakan Chrome OS. Chromebook dikatakan pantas dan mampu boot dalam masa 8 saat. Semua applikasi google dalam Chrome OS berada dalam Cloud. Apa yang diperlukan hanyalah talian internet. Netbook ini berorientasikan kepada browser Chrome.

Buat masa ini cuma terdapat dua vendor yang membina Chromebook iaitu Samsung dan Acer jika merujuk kepada laman rasmi Chromebook. Kemungkinan selepas ini banyak lagi vendor akan memasang Chrome OS dalam netbook.

Juga berita gembira bagi peminat Angry Bird. Versi permainan ini boleh juga didapati melalui Chrome Web Store dan dimainkan dalam Chrome OS.

2 thoughts on “Web segera Chromebook”
    1. Belum sampai sini lagi. Tapi nampak gaya pemasaran dia ni macam sewaan je sekali dengan sambungan internet. Sebab pakai Cloud OS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.