w705

Sony Ericsson memang terkenal dengan telefon bimbit siri Walkman yang dikhususkan kepada peminat muzik. Dengan bunyi yang sedap, bentuk yang menarik, tema Flash yang boleh diubah jika tahu serta pilihan yang banyak, ianya menjadi kegilaan golongan remaja dan profesional muda untuk memilikinya.

Terbaru, W705 siri Walkman pasti menepati citarasa golongan ini kerana ciri-ciri yang menarik pasti memikat golongan ini untuk memilikinya. Bagi profesional muda ciri Wi-Fi dan HSDPA adalah wajib. Bagi remaja, ciri-ciri sebagai pemain muzik dan bunyi yang sedap memang sudah diketahui dimiliki oleh siri Walkman.

Telefon ini berbentuk slider daripada aluminium dengan HSDPA, Wi-Fi serta kamera 3.2MP dan Flash LED. Terdapat 2 versi iaitu W705a untuk pasaran Amerika dan W705u untuk yang lain.

Spesifikasi:

  • Bunyi yang jelas, muzik berkualiti tinggi
  • Carian muzik terus dalam talian
  • Wi-Fi dan DLNA certified, sambungan dimana sahaja
  • Kawalan goncang, tukar trek lagu dan volume suara dengan cara goncang
  • SensMe, cipta senaraimain(playlist) berdasarkan mood
  • Skrin besar 2.4 inci
  • Pusingan automatik, tukar antara potret atau lanskap secara automatik
  • Google maps
  • Radio FM dengan TrackID, mendengan radio lebih mudah
  • 4GB simpanan memori, simpan sehingga 3900 lagu

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.