ismail kamusBerita kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Ustaz Dato’ Ismail Kamus yang kini merupakan pendakwah bebas yang tersebar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) hanyalah khabar angin semata-semata.

Menurut ahli keluarganya, Ismail Kamus kini sedang mengerjakan umrah di Makkah dan berada dalam keadaan sihat walafiat sekaligus menafikan berita itu.

Semalam tersebar SMS yang melaporkan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam akibat serangan sakit jantung.

Malah SMS tersebut turut mengajak umat Islam menyedekahkan surah al-fatihah supaya roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Sebaliknya berita yang sebenar ialah kematian tokoh ekonomi terkenal iaitu Prof Dato’ Dr Ismail Salleh di Singapura petang semalam.

Ismail Kamus merupakan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam yang terletak di Gombak Setia.

2 thoughts on “Ustaz Ismail Kamus sihat”
  1. mamat ni punyalah sihat walafiat, sesuka hati jer diorang duk antar msg camtu.

    Mengucap panjang gak aku.Ni salah satu ulama’ yg digeruni oleh kawan dan lawan nih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.