Home » Uncategorized

Tua sebelum waktunya atau forever young

24 January 2010 10 Comments

Aku dengan *Dato K menghadapi masalah yang hampir serupa sebenarnya. Kalau *Dato K nampak lebih tua dari umurnya yang sebenar, aku pulak nampak muda dari umur aku yang sebenar padahal umur kami sama. Aku selalu berseloroh dengan kawan-kawan mengatakan bahawa aku “forever young”, nampak muda sentiasa. Malah customer yang kadang kala bertanya umur aku pun terkejut kalau aku bagitau umur aku sebab aku sememangnya nampak muda.

Kadang kala aku rasa lain bila orang menegur aku dengan panggilan “adik”, tapi takpela sebab mereka tak kenal aku pun. Lain pula dengan *Dato K, orang akan panggil pakcik sebab nampak tua.

Mungkin sebab dari kecil aku suka minum teh-o. Teh sebenarnya mengandungi antioksidan yang boleh melambatkan proses penuaan. Dek kerana terlebih ambik teh, jadinya aku nampak muda. Jadi kalau sekarang baru nak ambil teh, maaf kawan dah terlambat. Mungkin boleh praktikkan pada anak-anak dan tengok hasilnya bila mereka dah besar.

Antara beberapa tips untuk awet muda;

  1. Tidur nyenyak dan cukup
  2. Makan buah berserat, tomato mengandungi antioksidan yang dipanggil likopen, pisang melembabkan kulit, mangga membuat kulit halus dan lembut
  3. Bersukan atau pilih aktiviti yang mengeluarkan peluh
  4. Kurangkan minum ais. Ais yang terlalu sejuk menyebabkan perut mengecut
  5. Jangan minum masa makan. Minum selepas makan.
  6. Makan masa lapar, berhenti sebelum kenyang. Masyarakat jepun mengamalkannya dan rata-rata mereka berumur panjang.
  7. Berfikiran positif, stress dapat menimbulkan penyakit


10 Comments »

  • mira said:

    nak forever young..weee~
    .-= mira´s last blog ..Awas kamu-kamu yg tidur lewat! =-.

  • admin (author) said:

    Cuba le tips tu.

  • titin said:

    bestnye kalo nmpk muda kann…
    .-= titin´s last blog ..Jangan Bersedih, kerana dunia terlalu hina untuk ditangisi =-.

  • admin (author) said:

    Memang best pun kalau nampak muda je sentiasa.

  • Ery said:

    Tips awet muder…
    Best lah ko ni… Hehe

  • admin (author) said:

    Biasa la. Forever young.

  • miss lolly said:

    biarlah umo makin up. tp muda kene sentiasa. ecewah
    .-= miss lolly´s last blog ..* FACEBOOK vs GENG BLOGGER * =-.

  • admin (author) said:

    Pompuan wajib amalkan benda ni. Suami pasti tak cari lain punya kan miss lolly.

  • Janggel said:

    Eh ehhh bile masa ko jumpa ngan Nazrul tu?

    Aku pon suka minum teh o~ heheh patutla aku pon nampak muda wakakaka~
    .-= Janggel´s last blog ..Bistro Bonda, Putrajaya =-.

  • admin (author) said:

    Lame dah. Masa dia duk kajang.

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.