AirAsia Bhd menawarkan tiga penerbangan percuma sehari ke destinasi terpilih AirAsia kepada para pemohon pekerjaan bertuah semasa karnival Hari Belia Negara 2010 di Putrajaya mulai hari ini(14) hingga 16 Mei.

Dalam kenyataan di sini, syarikat penerbangan itu berkata ia akan melakukan temuduga terbuka bagi atendan penerbangan, kakitangan operasi darat dan eksekutif.

“Jadi, datanglah ke karnival itu dan melawat gerai kerjaya AirAsia dan dapatkan satu pekerjaan,” katanya.

AirAsia akan turut membuka satu gerai pada acara kerjaya Jobstreet di Pusat Perdagangan Dunia Putra pada 14-16 Mei.

“Para pencari pekerjaan dijemput datang dan berbincang dengan wakil (kami) mengenai peluang kerjaya di AirAsia,” katanya. Sumber BERNAMA.

4 thoughts on “Tiket flight percuma dari AirAsia”
  1. esok last… huhu.. ada banyak kerja tak sempat lah pulak..
    .-= zik´s last blog ..Malaysia kecundang, gagal mara ke peringkat akhir piala thomas 2010 Malaysia VS China =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.