Kementerian Pengajian Tinggi tidak merancang untuk melarang pelajar universiti daripada menyertai sambutan hari Kemerdekaan hujung bulan ini ekoran penularan influenza A (H1N1) di kampus.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penglibatan pelajar untuk menjayakan sambutan tersebut, setakat ini berjalan seperti yang dirancang.
“Setakat ini tak ada (larangan). Semua berjalan seperti biasa. “Kita bersama dengan semua kementerian.
“Kita selaras dengan Kementerian Kesihatan. Kita akan dapatkan pandangan dan cadangan Kementerian Kesihatan tentang tindakan yang boleh dan perlu dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis pengumuman Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pemegang teknologi baru oleh Malaysian Biotechnology Corporation di ibunegara hari ini. Mohamad Khaled yang juga ahli Parlimen Pasir Gudang diminta mengulas langkah yang diambil kementeriannya dalam usaha untuk membendung penularan H1N1 di institusi pengajian tinggi di negara ini.
Penularan wabak tersebut di Malaysia sehingga ini telah meragut 14 nyawa, termasuk korban terbaru seorang lelaki 57 tahun.
Sumber Malaysiakini.
awal tul kuar statement. kang takut, cukup aribulan, sumer kena kuarantin jer. hmm.
.-= aman´s last blog ..Office.com Kini Menjadi Milik Microsoft =-.
Aku pun dah siap beli face mask dah ni. Risau gile jalan kat public. Kalau tak silap aku la vaksin utk penyakit ni hujung tahun ni baru sampai Malaysia. Betul ke?