Telefon bimbit ini diperkenalkan pada WWDC 2010 merupakan telefon bimbit terbaru dari Apple. Ianya adalah naik taraf dari versi iPhone 3Gs. Jika dilihat dari spesifikasi, banyak perubahan diperkenalkan. Antaranya adalah penggunaan sistem operasi baru yang dipanggil iOS 4.

Secara kasarnya, saiz iPhone 4 adalah sama dengan 3Gs, cuma 25% lebih nipis dan mempunya belakang yang rata. Walaubagaimanapun pengumuman daripada Steve Jobs tidaklah mengejutkan kerana gambar iPhone 4 telahpun bocor terdahulu sebelum pengumuman rasmi ini.

Apa yang lebih menarik, iPhone 4 lebih tahan berbanding 3Gs. bateri lebih besar memberikan kuasa 7 jam percakapan 3G, 6 jam melayari internet melalui 3G, 10 jam jika menggunakan WiFi, 10 jam menonton video serta 40 jam mendengar muzik.

Telefon bimbit ini juga dilengkapi kamera 5MP dengan kamera depan VGA untuk panggilan video. Kamera juga mampu merakam video HD disamping mempunya kuasa zoom digital 5 kali.

iPhone 4 akan mula berada dipasaran US bermula 24 Jun. Tidaklah dapat diketahui lagi bila ianya akan memasuki pasaran Malaysia, paling kurang mungkin pada bulan September secara rasminya.

Harga telefon ini adalah $199 bagi versi 16GB dan $299 bagi 32GB jika kontrak dengan AT&T, tetapi harga tanpa kontrak adalah $599 dan $699 dimana jika ditukar dalam Ringgit Malaysia ianya adalah RM1996 bagi versi 16GB dan RM2329 bagi versi 32GB.

Berita baik! Maxis dikatakan akan membawakan iPhone 4 pada bulan depan jika menurut kenyataan media dari laman web Maxis.

Update: Harga kat lelong RM3899 untuk 16GB dan RM4099 untuk 32GB.

[via]

3 thoughts on “Telefon bimbit terbaru Apple, Apple iPhone 4”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.