Telefon bimbit terbaru dari Nokia ini baru sahaja berada di pasaran Malaysia dan mula diperkenalkan sejak April 2010. Telefon ini merupakan telefon berbentuk QWERTY yang dimana sebelum ini dominan dengan barisan telefon bimbit Blackberry.
Nokia E5 menyokong jaringan 2G dan 3G. Juga ianya menyokong EGPRS, WCDMA, HSDPA/HSUPA (3.5G) serta WiFi. Telefon bimbit ini juga memiliki 5MP kamera dengan EDOF.
Telefon juga turut dilengkapi dengan GPS dan OVI Maps 3.0. Jika dilihat daripada spesifikasi, ianya disasarkan kepada golongan profesional walaupun harganya tidaklah begitu mahal. Harga cadangan adalah sekitar RM800-RM900.
fuyo.. harga not bad.. tapi macam agak buruk je design dia.. hohoho
Bentuk dia memang tak berapa nak lawa. Lawa lagi HTC Snap.