Home » Archive

Articles tagged with: nizar

Uncategorized »

[9 Feb 2010 | 4 Comments | ]

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.  Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd
Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR selepas berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.
Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya, …

Uncategorized »

[11 May 2009 | 2 Comments | ]

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi di sini, berkata beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, untuk memohon restu bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Mohamad Nizar berkata, beliau juga akan meminta Exco Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dibubarkan dan mengadakan mesyuarat Exco beliau secepat mungkin.
Katanya, beliau juga akan menggantung Penasihat Undang-Undang Negeri Perak kerana tidak memberi kerjasama selama kemelut pentadbiran itu
Sumber Bharian.

Tags: akan, mohon, nizar, perak, restu, sultan

Uncategorized »

[11 May 2009 | No Comment | ]

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.
Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.
Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.
Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.
Sumber Malaysiakini.

Tags: besar, mahkamah, masih, menteri, nizar, putuskan

Uncategorized »

[30 Mar 2009 | No Comment | ]

Beberapa orang penulis blog tersohor turut berada di Bukit Gantang bagi membantu memastikan calon PAS, Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin memperolehi kemenangan dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.
Mereka berada di sini sejak hari Sabtu dan turut sama menyertai perarakan ke pusat penamaan calon bersama penyokong-penyokong Pakatan Rakyat semalam.
Penulis blog yang juga seorang peguam terkemuka, Harris Ibrahim memberitahu Harakahdaily kehadiran mereka semua sebagai tanda sokongan terhadap Nizar yang akan bertanding di Bukit Gantang.
“Kami semua akan membantu dengan apa cara sekalipun bagi memastikan kemenangan Nizar dalam pilihanraya kecil ini.
“Kami sepakat untuk …