Home » Archive

Articles tagged with: mahkamah

Uncategorized »

[7 Jan 2010 | 17 Comments | ]

Website mahkamah.gov.my telah diceroboh oleh penggodam dan digantikan muka depannya. Ketika entri ini ditulis, web itu masih lagi belum dibetulkan.
Adalah dipercayai penggodaman itu dilakukan kerana reaksi terhadap penggunaan kalimah Allah.

Tags: hack, kena, mahkamah

Uncategorized »

[23 Oct 2009 | No Comment | ]

Dua beranak yang merupakan pengarah Syarikat Buluhmas Enterprise Sdn Bhd semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan di Klang bagi 69 pertuduhan terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram melibatkan RM22 juta.
Azmi Ame Hamzah, 26, menghadapi 38 pertuduhan melakukan kegiatan itu dari 3 Mac 2008 hingga 6 Jan tahun ini manakala bapanya Ame Hamzah Mat Atar, 51, menghadapi 31 pertuduhan melakukan kegiatan itu dari 15 Mei 2008 hingga 6 Jan lepas, mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Mereka berdua yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu didakwa menggunakan …

misc »

[12 Aug 2009 | One Comment | ]

Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengesahkan pernikahan dramatis popular, Aida Radzwill dengan suaminya Joe Radzwill.
Hakim Mohd Shakir Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan daripada kedua-dua pemohon.

Uncategorized »

[11 May 2009 | No Comment | ]

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.
Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.
Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.
Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.
Sumber Malaysiakini.

Tags: besar, mahkamah, masih, menteri, nizar, putuskan