Tablet Motorola terbaru baru sahaja dilancarkan dengan 2 varian. Terdapat versi 10.1 inci dan versi 8.2. Kedua-duanya mempunyai bentuk yang sama cuma yang berbeza dari segi saiz.
Untuk tablet terbaru, Motorola telah menggunakan bahan yang terbaik dan berkualiti setelah mereka memerhatikan kritikan yang diterima oleh Galaxy Tab yang menggunakan badan seolah plastik malah Motorola turut menonjolkan skru logam bagi menunjukkan keeksklusifan tablet mereka.
Dari segi penempatan butang volume dan kuasa, Xybord 8.2 bolehlah dianggap sebagai tablet berbentuk potret manakala versi 10.1 adalah untuk lanskap.