Home » Uncategorized

Sukhoi Su-30 MKM

4 October 2009 No Comment

sukhoiSukhoi Su-30 (nama pengenalan NATO “Flanker-C”) merupakan sebuah pesawat tentera lincah yang dibangunkan oleh Sukhoi Aviation Corporation, Rusia dan mula berkhidmat pada tahun 1996. Pesawat ini merupakan pesawat penguasaan udara yang mana juga berupaya untuk melaksanakan misi serangan darat.

Pesawat ini merupakan pesawat tingkat upaya daripada Su-27UB dan mempunyai beberapa variasi. Pesawat siri Su-30K dan Su-30MK membawa kejayaan komersil. Variasi pesawat ini dikeluarkan oleh KnAAPO dan IRKUT Corporation, kedua-duanya adalah syarikat di bawah naungan kumpulan Sukhoi Aviation Corporation. KNAAPO mengeluarkan Su-30MKK dan Su-30MK2, yang mana direka dan dijual kepada China. IRKUT Corporation pula mengeluarkan pesawat jarak jauh, pelbagai fungsi siri Su-30MK. Siri-sirinya termasuk Su-30MKI yang dibangunkan untuk Tentera Udara India. Singkatan MKM, MKA dan MKV pada versi Su-30MK adalah masing-masing merujuk kepada Malaysia, Algeria dan Venezuela.

Sukhoi Su-30MKM merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan tercanggih generasi ke-4.5, terbitan daripada pesawat Su-30MKI buatan Rusia, yang berada dalam pegangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pesawat ini dioperasikan oleh Skuadron ke-11, Tentera Udara Diraja Malaysia yang berpangkalan di Pangkalan TUDM Gong Kedak, Pasir Puteh, Kelantan.

Rasa macam nak beli sebijik je nih. Aku pernah bawak dah kapal terbang nih. Dalam Flanker dengan Tom Clancy HAWX. Hehehe….



Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.