IMG_3183Lama tak post blog. Post kali ni nak cerita pasal servis kali pertama Saga SV. Boleh dikatakan kereta ni sesuai untuk golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dan boleh juga dikatakan agak bergaya kalau pandai make up.

Berkenaan Saga SV, ianya adalah varian keempat dari keluarga Saga FLX.  Secara keseluruhannya Saga ini ada kekurangan dari segi aksessori yang disertakan seperti tiada coil mat, door visor, 1st aid kit, tinted, trunk lid cover, muffler cutter, dan jumper. Aksesseri dikurangkan tapi benda penting tidaklah dibuang.

Berkenaan dengan servis pertama, saya buat di Glenmarie SC. Buat appointment dulu sebab disini biasanya orang ramai. Masa buat appointment pun tak dapat tarikh yang dikehendaki sebab ramai orang.

Untuk servis pertama ni saya hanya dikenakan caj dalam lebih kurang RM30 apabila ditolak daripada kupon free service. Biasanya untuk servis pertama Saga SV benda yanga akan ditukar adalah minyak enjin, penapis minyak dan plug gasket.

Lepas servis kereta parking kat rumah je sebab pergi kerja naik moto. Lagi jimat dan tak jem. Kereta gerak bila nak jalan-jalan atau balik kampung je.

By admin

One thought on “Servis pertama Saga SV”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.