Asus memang terkenal dengan keluaran motherboard khas untuk gaming. Terbaru Asus telah perkenalkan motherboard Asus Rampage III Extreme.

Kalau dilihat daripada gambar, memang nampak eksklusif dengan kombinasi warna merah hitam, nampak begitu garang. Dengan 4 slot PCIE X16, memang bukan calang-calang orang sanggup beli. Memori pula menyokong triple channel DDR3, maknanya untuk operasi optimum, sekurang-kurangnya ada 3 keping ram diletakkan berselang dan bukan diletakkan bersebelahan untuk memanfaatkan triple channel tersebut.

Ciri lain dipenuhi dengan ciri motherboard peringkat tinggi, seperti firewire, Esata, audio 7.1 serta tentunya kebolehan overclock. Salah satu ciri yang tiada pada motherboard lain adalah kebolehan overclock dari telefon bimbit yang dihubungkan melalui bluetooth.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.