Home » berita semasa

Senarai barang yang tidak dikenakan cukai September ini

20 July 2018 No Comment
Senarai barang dikecualikan cukai

Senarai barang dikecualikan cukai

Pihak Kastam telah mengeluarkan senarai barang yang tidak dikenakan cukai apabila SST dilaksanakan September ini. Kerajaan telah mengantikan GST dengan SST selepas kerajaan baharu bertukar yang menjanjikan pemansuhan GST melalui manifesto pilihanraya.

Menurut Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (Datuk T Subromaniam ), SST akan mengecilkan jumlah barang yang dikenakan cukai berbanding dengan GST.

“Pelaksanaan SST adalah jauh lebih mudah daripada GST dan jika sebelum ini kita berjaya melaksanakan GST maka tidak ada sebab untuk kita melaksanakan SST.

“Majoriti barangan dikenakan cukai pada kadar sifar peratus manakala sebahagiannya dikenakan lima dan 10 peratus,” katanya.

“Cukai antara salah satu faktor tetapi ada faktor lain di luar kawalan seperti permintaan dan penawaran barangan serta kenaikan harga minyak.

“Jangan menyalahkan cukai semata-mata yang kononnya menyumbang kepada kenaikan harga barang,” katanya.

Buat masa ini, rakyat menikmati faedah barangn tanpa cukai sehingga September. Ekoran itu beberapa industri misalnya automotif menikmati peningkatan jualan ekoran tiada cukai dikenakan.

Senarai penuh yang dikeluarkan Kastam boleh dimuat turun disini.



Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.