DIGI Telecommunications Sdn Bhd (DiGi), syarikat telekomunikasi terkemuka, akan memperkenalkan DG Smart Plan, pelan pascabayar Internet dan suara semua dalam satu bagi pengguna telefon pintar, pelan pertama seumpamanya ditawarkan di negara ini.
Ketua Pemasaran Produknya, Loh Keh Jiat, berkata melalui pelan berkenaan, pelanggan pascabayar akan menikmati kemudahan lebih baik ketika menggunakan Internet secara mudah alih dalam kehidupan harian mereka.
“Dengan menawarkan pelan mudah dan berpatutan, sememangnya akan menjadikan penggunaan Internet pada perkakasan mudah ke satu aras baru yang sesuai digunakan sama ada individu mahupun keperluan perniagaan.
“Bagi menunaikan janji menikmati pulangan nilai dengan kadar terbaik, kami menyediakan subsidi untuk beberapa model telefon pintar terpilih,†katanya dalam satu kenyataan media di Shah Alam, semalam.
Menurutnya, mereka yang mendaftar menggunakan pelan terbabit hanya perlu membayar RM68 sebulan bagi menikmati kemudahan capaian Internet tanpa had, manakala panggilan suara dan SMS hanya dicaj setiap kali pelanggan menggunakannya.
“Bagi menggalakkan tabiat penggunaan Internet mudah alih, pelanggan yang kerap menggunakan DG Smart Plan akan menikmati diskaun 25 peratus jika penggunaan keseluruhan melebihi RM100 dan 100 peratus daripada caj bulanan RM68 jika jumlah penggunaan melebihi RM200.
“Pelanggan yang mendaftar pelan ini boleh mendapat penjimatan sehingga 50 peratus bagi membeli beberapa jenama terpilih telefon pintar yang kami sediakan iaitu BlackBerry Curve 8520 pada harga serendah RM549, HTC Legend (RM999) atau BlackBerry Bold 9700 (RM1,299),†katanya. Sumber Metro.
macam2 plan dad ada… harap2 ia menguntungkan pengguna… 🙂
.-= zik´s last blog ..Pilih IPTS yang diiktiraf MQA. =-.
Nak bersaing antara network rasanya dah dekat tepu, ni je lagi ruang2 yang ada untuk syarikat telekomunikasi nak bersaing.
Digi memang terkenal sebagai pelopor harga murah 😀
Pernah pakai digi dulu, memang murah kalo call digi ke digi. Tapi tak larat maintain 2 nombor jadi letgo digi guna celcom dek kerana no cantik dan dah lama guna.