Baru-baru ini kerajaan telah mengurang subsidi terhadap beberapa barang keperluan harian seperti minyak dan gula. Minyak telah naik sebanyak 5 sen seliter manakala gula naik 25 sen. Kali terakhir haraga guna naik adalah pada 1 Januari iaitu sebanyak 20 sen menjadikan harga baru gula RM1.90.

Ini mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak terutamanya pembangkang yang tidak bersetuju dengan kenaikan ini terutamanya apabila kenaikan dilakukan ketika waktu tidak sesuai. Rata-ratanya masyarakat tidak bersetuju dengan tindakan ini jika menurut sumber dari Malaysiakini.

Masyarakat menunjukkan pelbagai reaksi terhadap kenaikan harga barang “5 dalam 1” semalam, termasuk ramai yang belum terasa kesannya dan sebahagian lagi menganggap ia dibuat tidak kena pada masanya.

Dalam temubual semalam, kesemua responden di sekitar Bangsar mengaku terkejut dengan langkah mengejut kerajaan itu tetapi beranggapan kehidupan mereka sekarang tidak terjejas.

“Kenaikan lima sen harga petrol bukan beban besar pada orang awam sekarang,” kata seorang pegawai kerajaan Hasnulhasi Yasin, 33.

Pengedar minuman Mohd Sofian dan pemilik restoren Mohd Iqbal menegaskan walaupun harga gula naik, harga barang-barang lain akan kekal sama.

“Saya tak rugi akibat kenaikan harga gula. Tetapi keuntungan mungkin kurang sedikit,” kata Mohd Iqbal.

Bagaimanapun, ramai juga tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu kerana ia tidak kena pada masanya.

“Harga naik kerana keranaan terlalu selesa sekarang, tetapi sekarang bila keadaan bertukar kepada paling buruk, mereka akan turunkan harganya kembali, kata pelajar berumur 22 tahun Vivekananda Sukumaran.

Reaksi bekas Mufti Perlis pula ditulis dalam blog beliau dengan tajuk “Menangisi Kenaikan Harga Barang” boleh dirujuk pada link ini.

Sementara itu, media kerajaan juga diberi taklimat untuk tidak menggunakan perkataan “barang naik” sebaliknya digantikan dengan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”. Sumber malaysiakini.

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan ‘barang naik’ dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan “barang naik” itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

“Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi” dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media ‘diminta’ mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

“Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat – ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.Puji ‘keberanian’ Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji ‘keberanian’ Najib dalam mengurangkan subsidi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti – menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online – sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.Media patuhi arahan

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik’ di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov’t bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.

By admin

5 thoughts on “Reaksi harga barang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.