Kerajaan tidak akan menarik balik amaran kesihatan grafik pada kotak rokok, sebaliknya mengekalkannya dengan menguatkuasakan arahan rampas serta-merta produk rokok yang tidak mengandungi amaran grafik itu bermula 1 Jun depan.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan memberi kelonggaran kepada syarikat pengeluar rokok sama ada mahu meletakkan amaran kesihatan grafik pada setiap jenama rokok mereka atau tidak selama tiga bulan sehingga Mei ini dan tidak dikenakan tindakan.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata selepas tamat tempoh tiga bulan itu pihaknya akan menguatkuasakan tindakan ke atas syarikat pengeluar rokok yang tidak memaparkan mana-mana satu daripada enam grafik amaran.
Enam imej grafik ialah gambar kelahiran bayi pramatang, keguguran janin, penyakit gangren, barah paru-paru, kanser leher dan kanser mulut. [via]
syarikt rokk msti ikut jer..
stakat ltak gmbr cmtu
xrugi ler dia..haha
mmm..ltak ler gmbr apepn..
same jer gak..
klu da ktagih tu..
mmg sush nk brenti..
tp apepn dpt gak mnakutkan
golongn2 yg bru nk
cube2 rokok nih..
p/s:aku rase mkin cntik lak
kotak rokok hias camtu..he..he..
Betul tu zai, kalau dah ketagih memang susah nak berhenti. Lebih baik jangan bermula. Gambar tu pun lama-lama jadi lali la.
info tentang barah mulut kat sini – Barah Mulut
Susah le kalau nak makan bila jadi barah kat mulut. Tak leh dah la nak makan sedap2.