Home » Uncategorized

Proton P3-21A tetap dilancar Mac

10 March 2012 One Comment

PROTON Holdings Bhd (Proton) menafikan spekulasi yang mengatakan model kereta global yang diberi nama kod P3-21A mengalami masalah teknikal hingga mengakibatkan kelewatan pelancarannya, sebaliknya ia disebabkan menunggu waktu yang paling sesuai untuk pelancaran rasmi.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton P3-21A akan dilancarkan pada penghujung Mac dan pihaknya mahu masa itu sesuai dan disertai pihak berkepentingan terutama Perdana Menteri.
Sehubungan dengan itu juga, menurut Syed Zainal, ketika ini tempahan belum dibuka, namun melihat kepada reaksi ramai pihak mengenai model itu dijangka mendapat sambutan menggalakkan selepas dilancarkan.

“Syarikat menjangkakan bagi pasaran luar negara seperti Thailand dan Indonesia akan dilakukan pada tahun ini juga, manakala pasaran Australia berkemungkinan pada tahun depan,” katanya pada sidang media mengenai pameran automotif Proton, ‘Power Of 1’ di Subang Jaya, semalam.
‘Power Of 1’ adalah pameran automotif terbesar Proton yang akan berlangsung selama lima hari di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 hingga 18 Mac ini. Dalam pameran itu, orang ramai turut dapat menyaksikan model kereta global secara langsung dan membuat tempahan pada 14 Mac secara serentak di seluruh negara.
Katanya, Proton menyasarkan untuk menerima 1,000 tempahan P3-21A dalam tempoh lima hari pameran itu berlangsung dan orang ramai boleh melihat proses penyatuan komponen kenderaan syarikatnya.

 

“Power Of 1 adalah satu agenda Proton untuk memperkukuhkan jenamanya kepada orang ramai dan ia bakal memberi pulangan keuntungan melalui pameran, jualan dan aktiviti bersama 10,000 pengunjung yang dijangka hadir setiap hari. “Pameran ini turut dilengkapi litar mini yang memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat demonstrasi oleh Alister McRae mengendalikan kereta rally Satria Neo S2000 yang memenangi Kejohanan Rally Asia Pasifik 2011,” katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai syarat baru pembiayaan kewangan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), beliau berkata, pihaknya percaya ia bukan saja memberi kesan kepada produk kereta nasional, tetapi ia juga menjejaskan industri automotif secara keseluruhan.

“Perbincangan bersama bank dan BNM sudah dibuat dan kita masih menunggu sekiranya terdapat sebarang inisiatif yang boleh ditawarkan bagi membantu orang ramai mendapatkan pembiayaan,” katanya.



Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.