Home » Uncategorized

Phablet

28 August 2013 One Comment

Sony Xperia Z UltraPhablet adalah gabungan tablet dan telefon pintar. Walaupun kebayakan telefon pintar kini mempunyai hampir kesemua fungsi yang sama seperti tablet dan telefon pintar tetapi definasi phablet diguna pakai untuk telefon pintar berskrin besar melebihi 5 inci dan biasanya sehingga 7 inci.

Skrin phablet lebih besar memudahkan pelayaran web dan tontonan multimedia serta biasanya turut disertakan stylus kerana tidak semua ikon boleh disentuh dengan sebelah tangan seperti telefon pintar.  Biasanya phablet turut dilengkapi perisian pengecaman tulisan tangan dan alatan untuk melukis atau melakar.

Walaupun perintis awalnya terdiri daripada Samsung Galaxy Note tetapi phablet seperti Sony Xperia Z ultra (6.44 inci) dan Asus FonePad (7 inci) juga turut tersenarai antara peranti phablet yang dikenali.

Pada bulan Januari 2013, IHS melaporkan bahawa 25.6 juta peranti phablet telah dijual pada tahun 2012 dan dianggarkan bahawa angka-angka ini akan meningkat kepada 60.4 juta pada tahun 2013, dan 146 juta pada tahun 2016.Barclays mengunjurkan jualan phablets akan meningkat dari 27 juta pada 2012 dan 230 juta pada 2015.



Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.