BATANG joran yang tidak dijaga dengan sempurna selepas pulang dari memancing boleh menyebabkan kerosakan apabila aspek kebersihan tidak diberi perhatian selepas menggunakannya.

Keadaan ini menyebabkan cincin joran mungkin retak atau berkarat yang sekali gus menambahkan kos pembelian batang joran baru yang kini harganya semakin mahal.

Petuanya, selepas pulang dari memancing, tidak kira air tawar atau masin, anda dinasihatkan membersihkan terlebih dulu batang joran yang digunakan dengan air suam bagi membuang kotoran atau sisa garam.
Selepas itu, periksa setiap cincin itu satu persatu dengan memusingkan mata pisau tajam bagi mencari sebarang kerekahan di permukaannya.

Langkah seterusnya lap semua bahagian batang joran dengan kain lembut hingga kering dan kemudian simpan batang joran itu dalam tempat kering atau rak terbuka.

Untuk menjaganya dalam tempoh masa lama, jangan sekali-kali meletakkan batang joran di tempat bersuhu panas seperti dalam bonet kereta bagi mengelak joran mudah patah. Sumber Berita Harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.