Sebahagian daripada penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal yang terletak di Jalan Hang Tuah di Kuala Lumpur mula dirobohkan malam semalam.

Penjara yang dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar itu pernah digunakan sebagai tempat tahanan tentera bersekutu yang ditawan oleh Jepun ketika perang dunia kedua.

Jentera berat termasuk jengkaut, traktor dan sebagainya digunakan bagi merobohkan sebahagian daripada 394 meter tembok yang mengelilingi penjara itu bagi projek kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu.

Projek berkenaan yang bermula malam semalam akan berlangsung sehingga 24 Jun ini.

Pembinaan penjara Pudu yang dibuat secara berperingkat itu siap sepenuhnya pada tahun 1895 manakala temboknya mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892.

[youtube]9RC_ok-NxWw[/youtube]
Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negera jajahan British.

Semasa Perang Dunia Kedua, ramai tentera bersekutu dibunuh dan diseksa di penjara berkenaan.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin di Dewan Rakyat berkata Penjara Pudu bukanlah sesuatu yang boleh banggakan oleh Malaysia.

Awang Adek menjelaskan bahawa kerajaan telah mengkaji perkara itu dan memutuskan bahawa Penjara Pudu bukan tapak warisan dan tidak akan dijadikan sebagai sebuah tapak warisan. Sumber Malaysiakini.

Agaknya apa pembangunan yang nak didirikan kat tapak tu ye. Sanggup ke orang nak menyewa atas tapak penjara tu. Macam seram je.

6 thoughts on “Penjara Pudu dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan”
  1. Mungkin ini salah satu usaha Negara nak DELETE SEJARAH. Maklumlah yg kat situ semua jahat2…mencalarkan maruah negara..tapi cuba la fikir kalau takda yg jahat..maka tak wujud yg baik…

    Muhasabah diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.