Home » Uncategorized

Pasang program linux melalui kod sumber(tarball)

17 January 2009 No Comment

Perbezaan ketara antara windows dengan linux adalah cara memasang programnya. Bagi windows untuk memasang sesuatu program hanyalah menggunakan installer yang biasanya berformat *.exe (binary) manakala pemasangan program dalam linux boleh menggunkan bentuk binary ataupun daripada kod sumber(source code). Pemasangan daripada kod sumber juga banyak bergantung kepada library yang terbina daripada sistem linux yang dipanggil dependency dimana kegagalan untuk memenuhi dependency akan mengakibatkan program gagal dipasang ataupun program gagal berfungsi.

Contoh biasa pemasangan daripada kod sumber.

1. Fail adalah test-0.5.0.tar.gz

2. Unpack kod sumber tersebut:

tar xvzf test-0.5.0.tar.gz

3 Pergi ke direktori tersebut dan kompil kod sumber

cd test-0.5.0

sh configure atau ./configure

make

make install

Sesetengah kod sumber memerlukan flag tertentu untuk memasangnya bergantung pada program yang hendak dikompil. Sila baca README atau INSTALL didalam direktori dimana anda extract. Ini adalah perlu kerana sesetengah program memerlukan library tertentu dimana ia tidak dapat mencarinya secara automatik ataupun library yang diperlukan tidak dipasang pada komputer.

contoh:

sh configure –with-qt-dir=/usr/lib/qt3.1

sh configure –enable-gui

Sekiranya program perlu dipasang sebagai root kaedah yang diperlukan adalah seperti berikut:

sh configure atau ./configure

make

su -c “make install”

Password akan diminta dan anda perlu memberikan root password.

Kompil dari CVS

Memasang program dari versi CVS adalah tidak sesukar mana. Kaedahnya adalah seperti berikut:

Perhatikan fail Makefile.cvs

Untuk kompil taip arahan berikut:

make -f Makefile.cvs

kemudian beberapa fail akan dicipta secara automatik;

*** Creating acinclude.m4

*** Creating list of subdirectories

*** Creating configure.in

*** Creating aclocal.m4

*** Creating configure

*** Creating config.h template

autoheader: config.h.in is unchanged

*** Creating Makefile templates

*** Postprocessing Makefile templates

*** Creating date/time stamp

*** Finished

Don’t forget to run ./configure

If you haven’t done so in a while, run ./configure –help

Apakah fail ini???
Jika anda masih baru dengan linux anda tentu tertanya-tanya tentang apakah fail ini?apakah fungsinya?Disini merupakan beberapa format fail yang biasanya digunakan untuk memasang program dalamLINUX. Ia biasanya mudah dikenali dengan extensionnya seperti berikut:-

app-1.0.1.i386.rpm – ini merupakan fail binari berformat rpm dicipta untuk sistem x86

app-1.0.1.i386.deb – sama juga tapi untuk pakej debian

app-1.0.1.tar.gz – ini biasanya kod sumber

app-1.0.1.tgz – sama juga iaitu merupakan kod sumber

app-1.0.1.tar.bz2 – sama juga tetapi menggunakan mampatan bzip2

app-1.0.1.src.rpm – ini merupakan kod sumber tetapi berformat rpm

app-1.0.1.i386.RH7.rpm – binary yang dicipta untuk REDHAT sahaja khas untuk sistem intel x86

app-1.0.1.ppc.Suse7.rpm – pakej binary yang dicipta untuk SuSE7 PPC Linux

app-devel-1.0.1.rpm – versi development



Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.