Plugin yum-plugin-fastestmirror akan membolehkan yum memilih mirror yang paling dekat dan terpantas berdasarkan sistem Geoip. Apabila plugin ini diaktifkan, ketika sahaja kita memasang sesuatu atau kemaskini dalam fedora, kita akan mendapat sambungan internet yang lebih baik dan lebih pantas.
Untuk memasangnya cuma jalankan arahan dibawah ini:
yum install yum-plugin-fastestmirror
atau
yum install yum-fastestmirror
Setelah selesai, edit /etc/yum.conf dan tambah perkara berikut jika belum ada:
plugins=1
Selesai. Anda telah memasang plugin tersebut dan apabila kita update atau memasang sesuatu, kita akan perasan mesej berikut jika yum dilarikan menggunakan konsol:
Loading “fastestmirror†plugin
Setting up Install Process
Setting up repositories
…