Home » Uncategorized

Nyah kau pencuri bandwidth

16 April 2009 3 Comments

Siapa yang selalu habis bandwidth memang bengang bila belum cukup bulan hosting dah di SUSPENDED atau digantung kata orang melayu. Mungkin kita tak biasa dengar tentang pencuri badwidth. Siapa pencuri bandwidth ni sebenarnya?

Mereka ini sebenarnya adalah orang yang ambil gambar atau apa-apa saja fail dari website/blog secara hotlinking. Maksudnya? Maksudnya mereka ini terus link gambar yang ada dalam website kita ke website mereka. Dengan link terus, penggunaan bandwidth adalah menggunakan bandwidth kita. Lebih teruk lagi kalau website beliau popular. Lebih ramai pelawat masuk website beliau, bandwidth kita dimakannya. Tak adil bukan?

Macam mana nak buat? Well. Bagi hosting yang menggunakan Cpanel dan Apache sebagai webserver, ianya boleh diatasi dengan menggunakan .htaccess. Tak perlulah saya ceritakan sini berkenaan .htaccess. Banyak penerangannya dalam google kalau rajin.

Caranya; letakkan baris berikut dalah .htaccess anda

RewriteEngine On
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http://(.+\.)?inertz\.com/ [NC]
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^$
RewriteRule .*\.(jpe?g|gif|bmp|png)$ /images/nohotlink.jpe [L]

“RewriteEngine On” cuma perlu diletakkan sekali. Kalau dah ada tak perlu letak. OK?



3 Comments »

  • admin (author) said:

    Lupe nak bagitau, kalau korang buat macam ni google pun tak dapat display imej korang, kalau guna fungsi search image dalam google. contoh macam aku buat ni la…

  • menteil said:

    oh kiranya elak penggunaan bandwidth dari image? memang bagus.. tapi macam ko kata, google tak dapat nak tunjuk kan.. jangan lupa, dari image pon kita boleh carik trafik.. hehe…

    nice tuto.. thanks

  • admin (author) said:

    Yerp.
    Mula-mula aku enable, tapi lepas tu aku disable balik. Sebab nampak tak sesuai dengan blog. Bila org google image tak nampak. Kurang le trafik. Mungkin sesuai untuk Mp3 atau media lain kot.

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.