lumia_1520Hari ini Nokia perkenal 2 phablet baru iaitu Lumia 1320 dan1520. Kedua-dua phablet ini dilengkapi dengan skrin 6 inci sesuai digunakan sebagai tablet mini dan telefon bimbit.

Lumia 1520 menyokong video 1080p manakala bagi Lumia 1320 hanya sehingga 720p. Walaubagaimanapun ciri-ciri bagi phablet ini adalah sama seperti menggunakan pemproses Qualcomm quad-core 2.2GHz Snapdragon 800. Kedua-duanya juga menyokong 4G LTE serta dilengkapi lensa Zeiss 20MP dengan teknologi PureView. Juga kamera berkeupayaan zoom dengan fungsi flash LED. Ada penstabil imej terbina dalam telefon ini juga.

Lumia 1520 datang dalam warna kuning, merah putih , hitam dan berkilat, dan boleh didapati menjelang akhir tahun ini dengan harga $750(RM2380). Lumia 1320 pula datang dalam warna oren, kuning , hitam dan putih. Boleh didapati awal 2014 dan hanya di pasaran Asia terpilih. Harganya adalah sekitar $340(RM1078) .

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Enable Notifications.    Ok No thanks