Nokia Lumia 610 adalah telefon bimbit pertama yang dikuasakan oleh sistem operasi Tango walaupun pada asalnya Microsoft tidak bercadang menggunakannya pada telefon yang rendah spesifikasinya. Bila anda memegang Lumia, anda tidak akan menyangkakan bahawa telefon ini boleh didapat pada harga 189Euro(sebelum cukai) atau lebih kurang RM750 kerana telah terpasang dengan sistem operasi untuk telefon pintar premium. Rekabentuk dan transisi UI yang lancar tidak menggambarkan sebenarnya telefon ini menggunakan kelajuan pemproses bawah 1Ghz.

Ciri-ciri:

  • 3.7 ” LCD dengan resolusi 800 x 480
  • 800 Mhz processor, 256 MB RAM
  • 1300 mAh bateri
  • Sokongan untuk 7.2 MBPS HSDPA
  • 5 Megapiksel Kamera
  • Datang dalam warna Cyan, Hitam, Putih dan Magenta.

Kebanyakan telefon pintar Android bajet selalunya datang dengan skrin lebih kecil dan resolusi lebih rendah tetapi bagi Lumia 601 pastinya pilihan lebih baik selepas ini. Dengan kualiti binaan lebih baik, pastinya telefon ini akan overkill telefon bajet yang lain.

Cuma kelemahan yang mungkin timbul pada telefon ini hanyalah disebabkan oleh kemungkinan ada aplikasi latar sedang berjalan terutamanya aplikasi yang menarik kandungan dari internet misalnya mungkin akan menyebabkan telefon ini perlahan. Walaupun begitu, menurut Microsoft kira-kira 95% telefon spesifikasi rendah masih mampu berfungsi dengan baik dan isu keserasian hanyalah akan muncul bagi aplikasi yang menggunakan kapasiti pemprosesan  dan memori yang tinggi misalnya dalam permainan.

Walaupun target pasaran telefon ini bagi peringkat rendah, ianya masih lagi menyokong kebanyakan media sosial seperti telefon pintar peringkat tinggi juga turut menyokong perisian Microsoft Office serta sokongan untuk Microsoft Exchange.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.