Nintendo Switch
Nintendo Switch

Nintendo Switch bakal hadir secara rasmi pada 3 Mac ini dengan harga 300USD setelah pengumuman rasmi dibuat baru-baru ini. Ianya boleh dipra-tempah sekarang tetapi unit adalah terhad. Jika boleh bersabar perlulah untuk menunggu sehingga 3 Mac dimana ianya akan boleh didapai di 31 buah negara Eropah termasuk UK, Perancis, Jerman, Denmark, Portugal dan Rusia. Afrika Selatan dan Amerika Syarikat juga akan mendapatkan peranti pada tarikh yang sama.

Harga adalah 280GBP untuk UK, 300USD di Amerika Syarikat dan 29.980¥ di Jepun iaitu kira-kira 40 dolar lebih murah. Terdapat 2 jenis versi konsol, versi kelabu atau versi joycon berwarna biru neon dan merah neon.

Tablet utama berskrin 6.2 inci yang boleh dilabuhkan untuk disambung kepada TV atau ditarik keluar sebagai konsol bimbit mempunyai ketahanan bateri sehingga 6 jam. Nintendo berkata permainan “The Legend of Zelda: Breath of the Wild” boleh dimainkan selama 3 jam dengan sekali cas. Jika mahu sentiasa dicas, pengecas perlulah disambungkan kepada penyambung UCB-C.

Perkara yang paling menarik tentang Joycon adalah ianya boleh digabungkan sebagai controller besar atau dipisahkan untuk digunakan sebagai controller berbilang pemain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.