Istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri baru berlangsung di Istana Negara, Jumaat ini.

Para jemaah menteri telah menerima jemputan untuk menghadiri istiadat pada 10 pagi ini.

Jemputan tersebut turut dihantar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Menurut jemputan tersebut, istiadat tersebut akan berlangsung di Balairong Seri mulai jam 9 pagi.

Di perhimpunan agung Umno hujung minggu lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Khamis untuk memaklumkan hasrat melepaskan jawatan  perdana menteri.

Perhimpunan agung tersebut menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan baru Umno yang diketuai oleh Najib selepas Abdullah enggan bertanding.

Tindakan Abdullah itu ekoran persetujuan antara beliau dengan Najib untuk melaksanakan pelan peralihan kuasa selepas perhimpunan  itu selesai.

Sementara itu, Najib dilaporkan berkata tarikh sebenar peralihan kuasa kepadanya hanya akan diketahui selepas kenyataan rasmi dikeluarkan leh Jabatan Perdana Menteri.

Sumber Malaysiakini.

By admin

One thought on “Najib Perdana Menteri baru Jumaat ini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.