Backflip adalah telefon bimbit terbaru keluaran Motorola yang menggunakan Android. Ianya menampilkan aplikasi sosial dengan keupayaan pelbagai tugas bakal berada dipasaran Amerika utara, Amerika latin, Eropah dan Asia bermula pada suku pertama tahun ini. Dengan rekabentuk melipat unik, ianya memudahkan anda untuk menikmati video, muzik dan foto beserta kekunci QWERTY bagi memudahkan menulis email, menulis pesanan ringkas, menerima suapan berita, menulis mesej rangkain sosial dan banyak lagi.

Backflip datang dengan ciri MOTOBLUR. Ianya juga dilengkapi oleh pelayar web HTML yang lengkap disamping boleh memanfaatkan 3G serta WiFi. Android Market pula membolehkan anda mengakses lebih daripada 18000 aplikasi dan widget.

[youtube]-Eu9aWs68vA[/youtube]

7 thoughts on “Motorola backflip dikuasakan oleh Android”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.