Acara IT tersohor tahun ni kembali lagi. Bagi tech savvy person tentu tak melepaskan peluang untuk pergi ke PC Fair tiap kali. Boleh dapat banyak barang promosi dan juga brang IT yang murah dan juge stok-stok lama barang IT. Haha…

PC fair di KL kali ini akan berlangsung di KLCC seperti biasa dan akan bermula pada 16-18 APRIL 2010 (11:00am – 9:00pm).

Satu lagi kat PC Fair ni yang biasa kita tengok tentunya amoi-amoi seksi yang jadi promoter.  Untuk melariskan jualan le katakan.

Tapi yang paling tak bestnya adalah trafik jem dengan manusia kat dalam tu. kalau setakat nak jalan-jalan je tak beli barang memang tak berbaloi pun. Memang sesak biasanya PC Fair ni tambah pulak kalau buat kat KLCC. Memang tempat tumpuan orang pun.

Laptop first aku dulu beli kat PC Fair la. Memang banyak goodies yang diberi. Dan ada dapat voucher RM200 lagi.

Tak kurang juge orang yang beranggapan negatif pada PC Fair ni. Terutamanya berkenaan isu waranti.  Jadi sebelum membeli tu, pastikan dulu kedai yang menjual tu lokasi dia kat mana, kalau rosak nak hantar mana, tanya dulu habis-habis.

Jumpa disana nanti ya…

2 thoughts on “Moh le kite pg PC Fair kat KLCC ujong minggu nie”
  1. aku kalau gi pc fair, mesti tak tahu nk beli pe, sbb rasanya cam dh complete dh apa yg ada..huhu
    .-= x-po´s last blog ..SUNGGUH MERINDUI SAAT-SAAT DAHULU =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.