Aktivis popular Datuk Marina Mahathir mengecam keras akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli.
Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai “makhluk yang hina”, aktivis wanita itu berang dengan media berkenaan yang melaporkan pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya sewaktu dikenali dengan nama asalnya.
“Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya (Yasmin).
“Remuk perasaan keluarganya,” kata Marina.
“Yasmin belum lama disemadikan dan Kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya.
“Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya.
“Apakah tidak ada rasa hormat di kalangan editor dan pemberita di sana?”
Sumber Malaysiakini.
tiba2 ak intrested ngan artikel ni kt tweet…skali baca..mmm ak skokong datuk marina mahathir nih..ad ke kosmo wat cmtu..klu kena famili ak..msti sedih woo..hiks..
.-= aimZz´s last blog ..kISah dIAri & iBU =-.
Tula. Ada pulak buat macam tu.
Kenapa nak marah. Biarkan rakyat malaysia menilai sendiri semua berita, tanpa ditapis oleh orang-orang seperti dia. Siapa pulak lantik dia sebagai badan penapis berita ni….
.-= Isa´s last blog ..CLS: Jigsaw =-.
Berita macam ni sesuai untuk melariskan paper….
Sapa tak marah beb. Arwah tu baru je meninggal dunia. Sekurang-kurangnya hormatilah perasaan keluarga arwah. Patut tulis yang baik-baik je.
Kes disini bukan berita itu salah atau betul tetapi kewajaran berita itu diterbitkan..waktu dan ketika.
Kalau betul, kenapa sebelum hayatnya masih ada, tidak dikelurkan artikel ini sedangkan kes ini bersepah2 dibincangkan di forum di internet.
.-= Kujie´s last blog ..Aku Kau Kita Berbeza =-.
Betul tu Kak Jie. Belum pun seminggu rasanya dah keluar berita sensasi macam tu. Nasib baik la dah minta maaf.
Rasanya artikel paper tu tidak berniat memburukkan sesiapa. Ianya ditulis seperti bio kehidupan seorang yang ternama tetapi telah pergi untuk selamanya.
Bila aku baca artikel tu, ianya bersifat neutral. Tak ada unsur unsur memburukkan nama Yasmin ataupun Zulkifli. Lagipun bukannya baru sekarang kita tahu tentang isu pertukaran jantina sama ada melalui kaedah perubatan mahupun secara facial luaran sahaja. pergi la kat depan the beach club tu, berlambak tapi tak de sapa pun ambik pot sebab dia orang bukan nama terkenal…tapi bukan je Zulkifli, aku rasa Osman, Taib, Sameon. Usop, Yasin sumer ada, bila pulak isu dia orang kita nak bangkitkan??
jadi jangan la cepat melatah bila membaca SATU artikel hanya disebabkan individu tu orang terkenal dan disukai ramai. Kita dah 52 tahun merdeka. Merdekakanlah minda kita dari belengu tiada kebebasan menulis, merdeka kan minda dan attitude kita untuk membuat judgement sendiri atas material yang ditulis, kalau family Yasmin tak gumbira, nasihatkan mereka buat report polis atas alasan ‘defamation’ atas akhbar tersebut.
Aku ingat lagi kes Norita Samsuddin, lepas dia meninggal kena bunuh, macam macam citer dia keluar, citer yang cukup memalukan. Aku rasa family dia tak bleh nak keluar rumah pun masa tu, tapi mana Marina, or any political activist yang nak kecam paper sebab tulis benda benda cam tu???
Pesan aku, kita baca kita analisa dan biar lah kita ni original. bukan kaki ikut, kaki ampu tapi tak de identiti sendiri. Kalau kita ada isu yang kita nak bangkitkan biar lah ada pros and con nya. Dan sapa nak baca, baca tak nak, to sah baca. Tak puas hati bukak satu forum dan debate secara adil. PUassss hati adenya!
Hehe. Abeh dikoreknye semua.