dalamotakPernahkah anda terfikir bahawa dunia fizikal yang kita diami sekarang hanyalah ilusi semata-mata? Apa yang kita nampak, sentuh, bau, rasa dan dengar hanyalah impulse elektrik yang dijanakan oleh otak? Mungkin kita tidak terfikir.

Bagaimana dengan mimpi? Pernahkah anda bermimpi? Jika anda mimpi naik kuda adakah anda rasakan bahawa anda benar-benar naik kuda atau anda sedar sebenarnya anda bermimpi. Bolehkah anda bezakan antara mimpi dengan yang sebenar? Adakah mimpi itu suatu alam lain yang benar-benar berlaku? Alam selari mungkin.

Kita didalam kita.

Apa maksudnya? Maksudnya dunia fizikal yang kita sangkakan dunia betul sebenarnya cumalah berada dalam otak kita. Dunia yang kita sangkakan benar sebenarnya adalah cuma impulse-impulse elektrik yang dihantar oleh deria kepada otak kita.

Contohnya, kita terpegang cerek yang panas, tangan akan sakit. Itu yang kita sangka. Sebenarnya apa yang berlaku, apabila deria sentuh tersentuh benda panas, impulse elektrik dihantar melalui saraf dan sampai kepada otak dan menafsirkan sebagai benda panas. Dari pengalaman lampau, benda panas akan menyebabkan kesakitan. Dari mana pengalaman lampau ini datang? Bukankah dari otak? Tidak perlu diberikan contoh lain lagi.

Dapatlah disimpulkan bahawa dunia kita sebenarnya dalam kepala kita sahaja.

2 thoughts on “Kita didalam kita”
    1. Ye Akmal Hisyam. Kalau difikirkan secara serius benda tu betul. Harun Yahya mengaitkan apa yang berlaku dengan Al Quran. Kalau susah nak faham cuba tengok cerita Matrix. Konsep dia macam tu la. Sebenarnya kita berada dalam alam maya. Dunia sebenar adalah diluar. Sakit kepala kalau fikir. Banyak lagi persoalan tak terjawab. Memang ada benda tak boleh dijawab oleh akal.

      Salam ziarah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.