Keputusan sama ada PPSMI diteruskan atau tidak belum dibuat

Timbalan perdana menteri belum berpuas hati dengan kajian dan  perbincangan meja bulat mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga menteri pelajaran, berkata kerajaan bersedia untuk memberi masa lebih panjang kerana apa jua keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal, lapor Bernama.

“Kami tidak mahu dilihat sebagai tidak konsisten (flip-flop) dalam perkara ini. Kami perlu melihat lebih banyak maklum balas.

“Tetapi melihat kepada kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa badan bebas, hasilnya tidak sama dengan perbincangan meja bulat yang diadakan.

“Kadang kala semasa perbincangan meja bulat, orang ramai tidak mempunyai fakta dan bukti. Mereka bercakap berasaskan kepada apa yang mereka rasa.

“Mereka mestilah menyokong pendapat dengan banyak fakta dan bukti sama ada perlu dilakukan perubahan ataupun tidak,” beliau dipetik berkata selepas melawat Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini.

Sumber Malaysiakini.

PPSMI baik atau buruk?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.