Home » Uncategorized

Keju tempatan Dr Addeenia

16 February 2010 11 Comments

ADDEENIA Agro Trades Sdn Bhd (AATSB), syarikat milik penuh Bumiputera yang menghasilkan keju 100 peratus buatan tempatan jenama Dr Addeenia, mensasar untuk mencatatkan jumlah jualan sekurang-kurangnya RM10 juta tahun ini.

Pengarah Urusannya, Yuhanif Mohd Salleh, berkata keyakinan itu berdasarkan kepada petanda positif hasil perbincangan dilakukan syarikat dengan enam syarikat bertaraf multinasional selain hotel ternama untuk membeli keju buatan syarikat itu.
Menurutnya, berdasarkan perbincangan itu, syarikat terbabit menunjukkan minat positif untuk melanggan keju jenama Dr Addeenia.
“Jika semua perancangan berjalan baik, bagi tahun ini, syarikat bakal membekalkan keju bernilai sekurang-kurangnya RM10 juta hasil urus niaga ini,” katanya kepada Bisnes Metro, semalam.
Beliau berkata, AATSB mensasarkan untuk menguasai pembekalan keju di pasaran tempatan sebanyak 10 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Setiap tahun, Malaysia mengimport keju dari luar negara berjumlah ratusan juta ringgit dan jika kita dapat menukarnya kepada produk buatan tempatan, sudah tentu negara dapat menjimatkan banyak wang dalam bentuk tukaran asing,” katanya.

Katanya, Dr Addeenia mempunyai kelebihan berbanding produk keju lain di pasaran kerana menggunakan sepenuhnya bahan tempatan selain mematuhi kehendak hukum syarak dan ditanggung halal.
“Setakat ini, setahu saya belum ada produk keju yang dijual di negara ini mempunyai logo halal dan berdasarkan faktor itu, kami yakin Dr Addeenia akan menjadi pilihan pelbagai syarikat terutama yang terbabit secara langsung dengan penggunaan keju dalam produk dihasilkan mereka,” katanya.
Selain itu, Yuhanif berkata, AATSB juga bercadang mengeksport Dr Addeenia ke negara Eropah, Timur Tengah serta beberapa negara Asia lain. Sumber Metro.



11 Comments »

  • amy ahmad said:

    Alhamdulillah n tahniah buat ADDEENIA kerana menunaikan tuntutan fardu kifayah…!!! Susah nak cari keju halal coz kebanyakkan keju guna `renet’ utk kentalkan keju (renet diambil dari perut anak lembu)..diragui sekiranya lembu tak disembelih

  • admin (author) said:

    Memang susah mau cari keju yang ada tanda halal

  • natasya said:

    saya nak tanya,boleh ke kalau saya nak jadi ejen jual keju ni? saya dari kuantan,pahang.memang berminat sangat nak jadi ejen disebabkan saya sendiri menjual kek dari rumah.
    .-= natasya´s last blog ..hantaran fruit tartlet =-.

  • natasya said:

    saya nak tanya,boleh ke kalau saya nak jadi ejen jual keju ni? saya dari kuantan,pahang.memang berminat sangat nak jadi ejen disebabkan saya sendiri menjual kek dari rumah.
    .-= natasya´s last blog ..hantaran fruit tartlet =-.

  • admin (author) said:

    Boleh kot. Cari dulu keju ni kat market then tengok alamat dia untuk dihubungi.

  • natasya said:

    KAT KUANTAN,DAH MULA DIJUAL KE? DI MANA?
    .-= natasya´s last blog ..hantaran fruit tartlet =-.

  • zeynab said:

    (:

  • Rokiah said:

    kalau di seremban kat mana boleh dapat keju ni.

  • ayis ahmat said:

    slm..sy nak tanya..if kat muar @ melaka nak cari di mana ea?

  • admin (author) said:

    Tak tau

  • nora said:

    Boleh saya tanya, keju ni mendapat pengesahan halal jakim ke tidak? Kalau ada, register atas nama apa ya? Sebab tak jumpa dalam website jakim la.

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.