Memetik data dari firma penyelidikan pasaran NPD, Microsoft telah mendedahkan bahawa Xbox One adalah konsol permainan paling laris di Amerika Syarikat pada bulan Oktober. Dengan ini, Xbox One telah berjaya menjual lebih banyak konsol daripada Sony PS4 selama empat bulan berturut-turut. Di samping itu, Xbox One juga adalah konsol permainan paling laris bulan lalu di UK dan Australia juga.
Xbox One merupakan konsol paling laris di Amerika Syarikat sejak empat bulan lalu, dan di UK serta Australia sejak dua bulan lalu.
Dengan pengenalan Xbox One S baru dijangka pegangan pasaran akan menjadi lebih kukuh disebabkan oleh konsol ini 40% lebih kecil dari sebelum ini.
Perbezaan spesifikasi :
Xbox One – 333 x 276mm x 78mm (13.1 x 10.8 x 3.1 in) dan 3.5 Kg
Xbox One S – 295 x 230 x 64mm (11.6 x 9.0 x 2.5 in) dan 2.9 kg
Xbox One – 3x USB 3.0, 1x HDMI 1.4, 1x Kinect, 802.11a/b/g/n Wi-Fi, Ethernet
Xbox One S – 3x USB 3.0, 1x HDMI 2.0, 802.11a/b/g/n/ac Wi-Fi, Ethernet, Bluetooth 4.0, Built-in IR blaster
Xbox One – CPU: 1.75GHz 8-core AMD Jaguar, GPU: 1.31 TFLOP AMD Radeon, 8GB DDR3 RAM
Xbox One S – CPU: 1.75GHz 8-core AMD Jaguar, GPU: 1.4 TFLOP AMD Radeon, 8GB DDR3
Xbox One – dari $249 (500GB, 1TB HDD)
Xbox One S – dari $299 (500GB, 1TB dan edisi terhad 2TB)