Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zulrihan Jusoh terbunuh apabila pesawat latihan jenis Pilatus PC-7 yang dipandunya
terhempas di kawasan dekat kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok kira-kira jam 10 pagi ini.
Difahamkan ketika kejadian mangsa sedang membuat persembahan sempena perasmian Ekspo Konvokesyen universiti itu pagi ini.

Menurut jurucakap TUDM, mayat juruterbang itu sudah ditemui dan dikeluarkan dari tempat kejadian menggunakan sebuah helikopter TUDM.

Beliau mengesahkan bahawa ketika kejadian, hanya seorang juruterbang berada dalam pesawat itu yang berpangkalan di Kepala Batas di sini.-Bernama

[youtube]nFsWgjE8kj8[/youtube]

By admin

6 thoughts on “Jet terhempas semasa raptai konvo UUM”
  1. adeh.. pening pale aku tengok video..
    berapa ek tv3 bagi dia ari tu..
    .-= menteil´s last blog ..Tanah Kubur Itu Masih Merah Lagi =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.