Iphone 5s dilancar secara rasmi dengan pengesan cap jari

iPhone_5S_depaniPhone 5s dilancarkan secara rasmi semalam oleh Apple dikatakan merupakan telefon pintar terkehadapan yang pernah dibuat. Ini adalah kerana ia merupakan telefon pintar pertama dengan pemproses 64-bit A7 dan dikatakan pemproses berkelas desktop. Dengan iOS7 Apple mendakwa prestasi CPU adalah 40x lebih pantas dari iPhone 5 serta 56x lebih laju dari segi pemprosesan grafik. Secara keseluruhan iPhone 5s adalah 5 kali lebih pantas dari iPhone 5.

Kamera telefon masih kekal dengan 8MP tetapi boleh menghasilkan kualiti gambar lebih baik dengan flash terbaru. Dengan sistem operasi baru, pengawalan flash adalah lebih baik dari sebelumnya kerana flash kelihatan lebih semulajadi. Kamera juga memiliki penstabil imej serta boleh mengambil 10 imej sesaat(burst mode). Video perlahan(slow-mo) juga boleh diambil pada 120fps dengan kualiti video 720p.

Salah satu ciri besar 5s adalah pengesan cap jari. Ianya sensor cap jari yang terdapat pada home button dan dapat mengesan cap jari 360 darjah tanpa perlu letak jari menegak. Fungsi ini juga berguna apabila kita mahu membeli sesuatu secara dalam talian tanpa perlu kata laluan itunes.

iPhone_5S_belakang

iPhone 5S ini boleh didapati dalam tiga warna  emas , warna perak, dan spacey-grey. Harga bermula pada $649(RM2120)* untuk 16GB, 32GB dengan berharga $749(RM2445)*, dan 64GB pada $849(RM2,772)* tanpa kontrak. Pra-pesanan bermula pada 13 September, dan telefon mula dijual 20 September.

*Harga adalah anggaran mengikut penukaran matawang.

2 thoughts on “Iphone 5s dilancar secara rasmi dengan pengesan cap jari”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.