Apple bakal melancarkan iPhone 4 yang berwarna putih bermula esok yang boleh didapati dengan belian dalam talian, kedai runcit Apple, kedai AT&T serta Verizon Wireless juga boleh didapati melalui pengedar sah Apple.

Telefon pintar iPhone 4 adalah tefefon pintar paling inovatif didunia dengan teknologi Retina Display yang memaparkan resolusi tinggi untuk telefon ini. Gambar dihasilkan amat jelas, video kualiti tinggi dan juga Facetime menjadikan panggilan video satu kenyataan.

Mulai esok 28 April iPhone 4 putih ini boleh didapati di Austria, Australia, Belgium, Canada, China, Czech Republic, Denmark, Finland, France, Germany, Hong Kong, Ireland, Italy, Japan, Luxembourg, Macau, Netherlands, New Zealand, Norway, Singapore, South Korea, Spain, Switzerland, Sweden, Taiwan, Thailand, UK dan US. Belum ada maklumat bila ianya akan berada di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.