Login sistem

Pengguna yang ingin menggunakan sistem LINUX perlu mempunyai nama login. Kenapa? Kerana LINUX merupakan Sistem Pengoperasian yang menyokong ramai pengguna login kedalam sistem dalam masa yang sama. Oleh itu setiap pengguna akan mempunyai nama login serta akaun tersendiri. Ini bagi mengelakkan pengguna melihat fail rahsia yang dipunyai oleh pengguna lain atau memadam fail yang penting daripada sistem komputer.

Pengguna yang login sebagai ROOT adalah pengguna yang berkuasa kerana mampu melakukan apa sahaja terhadap sistem. Pengguna ini mampu menambah cakera kedalam sistem dan mempunyai kuasa untuk mengubah seluruh fail sistem. Pengguna ini juga boleh merosakkan sistem sekiranya melakukan kesilapan.

· Membuat akaun baru LINUX

Untuk membuat akaun baru di dalam LINUX seseorang itu haruslah login sebagai root dan kemudiannya menaipkan arahan seperti di bawah ini.

[linux:/home/inertz]# useradd

usage: useradd [-u uid [-o]] [-g group] [-G group,…]

[-d home][-s shell][-c comment] [-m[-k template]]

[-f inactive] [-e expire ] [-p passwd] [-r] name

useradd -D [-g group] [-b base] [-s shell]

[-f inactive] [-e expire ]

[linux:/home/inertz]# useradd azman

[linux:/home/inertz]# passwd azman

New UNIX password:

Retype new UNIX password:

passwd: all authentication tokens updated successfully

[linux:/home/inertz]#

Perhatikan bahawa tanda # mewakili pengguna telah login sebagai root. Cara yang paling mudah untuk menambah user dan group adalah dengan menggunakan utiliti dan program yang disediakan didalam LINUX sekiranya menggunakan GUI. Taip redhat-config-users pada terminal.

adduser
RAJAH 3.1 Menambah pengguna dalam sistem DSL(Damn Small Linux)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.