House MD season finale(season 6)

Episod dimulakan dengan House sendirian di bilik mandi dalam keadaan teruk. Hati terluka serta memegang botol pil.

Lapan jam sebelum itu: Di hospital, House memberikan Cuddy buku yang ditulis oleh moyangnya sebagai hadiah kepada beliau dan Lucas. Bagaimanapun Cuddy menerima dengan kurang selesa.

Sebuah kren roboh dan menimpa bangunan di pusat bandar Trenton. Cuddy bergegas bersama kakitangan bukan pembedahan ke tempat kejadian untuk membantu mangsa dan memberikan rawatan.

Ketika House dan Cuddy memberikan rawatan, Foreman cenderung membantu operator kren yang dikatakan tertidur meskipun mengambil kafein dan meminum kopi. House fikir mungkin hasil gangguan neurologi menyebabkan tertidur dan mahukan operator kren itu dihantar ke hospital dengan segera dan dirawat oleh pasukannya. Bagaimanapun House tidak dibenarkan meninggalkan tempat kemalangan oleh Cuddy.

House menelefon Wilson dan bertanyakan adakah Cuddy dan Lucas menghadapi masalah. Tiba-tiba beliau mendengar suara yang datang daripada runtuhan. Dia membawa pasukan penyelamat tetapi tidak menjumpai apa-apa. Kerana tidak berpuas hati, House menggali sendiri dan menggunakan tongkat sebagai panduan.

Tiba-tiba seseorang memegang tongkatnya dari bawah runtuhan. Dia adalah wanita 25 tahun bernama Hanna dan kakinya telah terperangkap bawah konkrit. Kelihatan trauma dan asyik berbicara tentang hadiah ulang tahun suaminya dan meminta House telefon bimbit tetapi House katakan tiada signal. Hanna memohon untuk House menemaninya tetapi sebaliknya House mengatakan mahu mendapatkan bantuan.

House berhubung dengan Foreman berkenaan dengan operator kren. Dia mengarahkan MRI untuk memeriksa bahagian otak operator kren. House kembali semula dengan bekalan ubat untuk membantu Hanna. Kapten pasukan penyelamat berusaha untuk membebaskan kaki Hanna tapi mereka bimbang runtuhan akan runtuh lagi.

Di hospital, operator kren selesai MRI dan tidak menjumpai sebarang masalah tetapi mata serta hidungnya keluar darah.

Kembali ditempat runtuhan, Kapten, cuddy dan House berbincang adakah langkah yang selamat untuk menyelamatkan mangsa. Kapten menyarankan untuk memotong kaki Hanna. Hanna tidak mahu dan meminta diberikan lebih banyak masa. Cuddy menegaskan menunggu boleh menyebabkan lebih banyak masalah. Kapten memberikan amaran kebocoran gas, kebakaran dan kemungkinan runtuh lagi boleh berlaku jika ditunggu. House menegaskan memotong kaki dalam persekitaran bawah runtuhan juga bahaya. Mereka memutuskan untuk menunda pemotongan kaki hanna dan memberikan lebih banyak masa untuk membuang runtuhan.

House mahu pulang ke hospital tetapi ditahan oleh Cuddy kerana Hanna panik dan meminta House menemaninya. House menawarkan telefonnya untuk Hanna menelefon suaminya. Hal ini menaikkan tekanan darah Hanna dan House meminta menamatkan panggilan. Hanna lihat House juga mempunyai kaki yang sakit.

Kapten masuk semula bawah runtuhan dan membawa airbag untuk mengangkat konkrit di kakinya. Mereka mula menariknya keluar tetapi tiba-tiba konkrit runtuh dan menimpa Hanna.

Ini adalah episod terakhir musim ke 6.

3 thoughts on “House MD season finale(season 6)”

  1. so far aku dah lyn house starting dari season sampai season 6, mmg best & byk info pasal midicine & health

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.