Home » Uncategorized

Harga gula naik 20 sen, hadiah tahun baru

1 January 2010 13 Comments

Harga gula naik 20 sen mulai 1 januari 2010. Ini menjadikan harga gula RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

Nanti ada yang kata, naik 2 posen, ape bising.

Bagi yang berpendapatan tinggi mungkin tak merasakan sangat, tapi bagi di kampung mungkin berbeza.

Mungkinkah harga barang terutamanya makanan akan meningkat? Bagaimana dengan perkhidmatan? Kita tunggu dan lihat.

Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

Menurut laporan Bernama, Mohd Zain berkata kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80
sen sekilogram.

“Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.

“Tetapi memandangkan harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini, sebelum ini 14-16 sen US bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen US, kerajaan perlu menaikkan harga gula, ” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Zain berkata jika tidak, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010.

Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan anggaran penggunaan gula dalam negara pada tahun depan sebanyak 1.26 juta tan metrik.

Katanya, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).

Katanya berdasarkan analisis kementerian, kesan kenaikan harga ke atas produk berasaskan gula adalah sangat minimum iaitu kira-kira 1 sen seperti bagi minuman dalam tin dan secawan teh tarik.

“Bagi minuman dalam tin, jika beratnya 325ml dengan anggaran kandungan gula 39 gram dan secawan teh tarik dengan anggaran kandungan gula 40 gram, kesan kepada kos kepada kedua-kedua barangan itu ialah 0.8 sen.

Sumber Malaysiakini.

Katanya, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62). <<<Skrip yang sama nih…



13 Comments »

  • Piston Pecah said:

    tahun baru harga gula pon baru…
    .-= Piston Pecah´s last blog ..2009 sebelum itu 2006 =-.

  • admin (author) said:

    Harga teh tarik naik ni kat kedai mamak.

  • x-po said:

    ni la yg dikatakan, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..huhu
    .-= x-po´s last blog ..MAKSIAT & TAHUN BARU TAK DAPAT DIPISAHKAN =-.

  • admin (author) said:

    Tambahan, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, gula dinaikkan.

  • pak long said:

    haah….naik 20 sen jer…..tapi kena ingat…20 sen tu kalau sampai bila-bila dah baper hibu hengget dah tu…
    .-= pak long´s last blog ..Edit photo Contest =-.

  • admin (author) said:

    Sapa yang kaya? Tokey gula jugak. Kaya makin kaya, miskin makin tertekan.

  • Adam said:

    permulaan yang baru untuk tahun baru. nice! kita tunggu tahun depan. alasan nya kita masih yang terendah di asia.
    .-= Adam´s last blog ..Download Full Series Nur Kasih TV3 =-.

  • admin (author) said:

    Tahun depan tepung naik. Nak bagi peluang pengimport tepung plak kaya.

  • admin (author) said:

    Dalam ilmu media ini dipanggil diversion tactic. Mengalihkan pandangan daripada isu kehilangan 2 enjin jet.

  • Lolo said:

    haha.. btol gak tu.. bile aku dgr je berite psl kenaikan harge gule ni… aku bkn dok pk psl sikit nye atopon byk nye 20 sen tu.. tp for sure la brg2 lain akan naik.. sbb gula tu brg asas..
    setau aku.. bkn ke kite (as in malaysia la) ada mengeluarkan gula ke.. dah tu nape dok bandingkan ngan negara lain? lain lah kalu kite terpakse import dari luar (erk tertibe emo) 😛

  • admin (author) said:

    Banding2 ni biasa la. Skrip dah basi. Tapi tu la. Ada gak yang boleh terima bulat2.

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.