Gambar bocor XperiaPlay

XperiaPlay atau nama kod Zeus merupakan telefon bimbit Android 2.3 Gingerbread yang bakal dikeluarkan oleh Sony Ericsson. Telefon ini dikatakan bakal diperkenalkan pada Mobile World Congress pada bulan February dan dikatakan akan berada dalam pasaran paling kurang pada bulan April.

Gambar bocor terbaru mengesahkan bahawa ianya akan dikuasakan oleh Gingerbread. Walaupun begitu spesifikasi teknikal masih lagi samar-samar, kemungkinan ianya dikuasakan oleh 1GHz Qualcomm 7x30A. Benchmark juga menunjukkan bahawa ianya berada dibelakang Nexus S. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana ianya sepatutnya lebih baik dari Nexus oleh kerana ianya dikatakan sebagai telefon bimbit PSP.

Walaubagaimanapun produk akhir mungkin boleh berubah. Sama-samalah kita nantikan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.